Tuesday, December 11, 2007
Bersih Rally - In Parlime This morning
Oleh HermanSamsudeen
Kuala Lumpur : Beberapa pimpinan utama PAS dan KeAdilan telah ditahan ketika cuba menghantar memorandum bantahan terhadap cadangan meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota SPR dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat.
Seramai 200 orang Polis berkubu dan mengadakan sekatan di hadapan Parlimen. Kelihatan juga beberapa sekatan lain turut dilakukan dijalan-jalan masuk menuju ke Jalan Parlimen. Orang ramai tidak dibenarkan memasuki kawasan Parlimen yang diistiharkan sebagai Kawasan Larang melalui perintah mahkamah.
Jumlah peserta yang sempat berkumpul dipintu masuk hanya sekitar 30 orang.
Operasi penangkapan bermula dengan Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua bersama pemandunya dan Aktivis SUARAM, Arulchelvan pada pukul 10.30pagi.
Seterusnya, Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli; Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi, Dr Lo’ Lo Haji Ghazali, Dr Mat Nasir dan beberapa lagi aktivis turut ditangkap oleh pihak polis pada pukul 11pagi tadi.
Dato’ Khalid Jaafar yang datang pada pukul 11.15 pagi tadi turut menjadi mangsa tangkapan.
Ust. Nuridah ketika dihubungi, memaklumkan bahawa seramai 15 orang telah ditahan termasuklah seorang remaja berumur 13 tahun.
Setakat ini pihak Polis telah mengambil keterangan mereka. Pihak peguam masih berunding dengan pihak polis untuk membebaskan mereka dengan seberapa segera.
Tangkapan ini adalah kesinambungan dari penangkapan yang dibuat ke atas Mat Sabu pada Ahad lepas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment